Pusat pentadbiran Hulu_Perak

Pada mulanya, Daerah Hulu Perak itu ditadbirkan dari Kuala Kangsar. Pegawai-Pegawai kerajaan hanya datang sesekali ke Kota Tampan dan Lenggong. Keadaan tersebut berlarutan hingga ke tahun 1886 apabila kerajaan membuka Teluk Janing (sekarang kawasan tersebut di panggil Kuala Kenering) sebagai pusat pentadbiran yang baru. Tempat tersebut terletak di tepi Sungai Perak, lebih kurang 50 batu ke utara Kuala Kangsar.

Di Telok Janinglah terletak pejabat-pejabat kerajaan dan lain-lain bangunan yang penting seperti balai polis, pejabat pos, pejabat hutan dan sebagainya. Setelah Gerik termasuk ke dalam wilayah Hulu Perak (selepas syor dan perakuan Suruhanjaya Campbell 1899) ramai orang-orang Melayu telah berpindah dan menetap di Gerik.

Pada awal tahun 1901, Ibu Pejabat Daerah Hulu Perak telah dipindahkan daripada Telok Janing ke Gerik. Pekan Gerik yang asal itu adalah kecil sahaja; rumah-rumah kedai dibuat daripada papan dan beratapkan daun bertam. Kedudukan pekan itu ialah di tempat yang dinamakan Jalan Wan Mat Salleh sekarang. Dengan terbukanya perusahaan melombong bijih timah di Temenggor, Pekan Gerik telah bertambah maju dan penduduk bertambah ramai.

Mukim

  1. Mukim Belukar Semang
  2. Mukim Belum
  3. Mukim Durian Pipit
  4. Mukim Gerik
  5. Mukim Kenering
  6. Mukim Pengkalan Hulu
  7. Mukim Kerunai
  8. Mukim Lenggong
  9. Mukim Temelong
  10. Mukim Temengor
  11. Bandar Gerik
  12. Bandar Kelian Intan
  13. Bandar Pengkalan Hulu
  14. Bandar Lawin
  15. Bandar Lenggong


Daerah
Bandar raya
Ipoh (ibu negeri)
Bandar
Ayer TawarBagan DatohBagan SeraiBagan Sungai BurongBanirBatak RabitBatu GajahBehrangBerchamBeruasBidorBikamBotaBukit GantangBukit MerahChangkat JeringChangkat KeruingChemorChikusDamar LautGerikGopengGua TempurungHutan MelintangJelapangJenderataJerlunKamuntingKaraiKota SetiaKuala KangsarKuala KurauKuala SepetangLangkapLekirLenggongLumutManjoiMalim NawarMambang Di AwanManongMenglembuMeruPadang RengasPantai RemisParitParit BuntarPasir SalakPekan GurneyPengkalan Hulu (Keroh) • Bandar raya ProtonSayongSelamaSeri IskandarSeri ManjungSimpang TigaSitiawanSlimSlim RiverSungai SiputSungkaiTaipingTambunTanjung MalimTanjung PiandangTanjung RambutanTanjung TualangTapahTapah RoadTeluk BatikTeluk IntanTeluk RubiahTemohTemoh RoadTrolakTrongTronoh
Pulau
Tasik